Unit apartment servis ini mempunyai 3 bilik tidur (1 master & 2 bujang), setiap bilik disediakan penyaman udara, 2 tandas (1 di master bedroom) dan boleh memuatkan 5-7 orang tetamu. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah mesin basuh, seterika, TV, WiFi percuma, penapis air (air sejuk/panas), kemudahan memasak (dapur gas, peti ais, cerek, dll) serta tempat letak kenderaan (1 kenderaan sahaja).
Antara fasiliti apartment servis yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, gim terbuka, gelanggang badminton terbuka dan surau. Tetamu dinasihatkan untuk memaklumkan pihak Dua Budiman Homestay terlebih dahulu sebelum menggunakan fasilit-fasiliti apartment servis.
Harga penginapan untuk 1 malam ialah RM200 untuk hari bekerja/hari minggu. Diskaun sebanyak 10% akan diberikan untuk penginapan 3 malam dan ke atas, 20% untuk penginapan 7 malam dan ke atas, 40% untuk penginapan 14 malam dan ke atas, 50% untuk penginapan 21 malam dan ke atas dan diskaun maksimum sebanyak 60% untuk penginapan 1 bulan/30 malam dan ke atas).
Deposit sebanyak RM50 perlu dibayar terlebih dahulu untuk pengesahan tempahan homestay (akan dipulangkan semula selepas waktu checkout dalam masa 24 jam dengan syarat tiada kerosakan dan kehilangan ke atas kemudahan dan fasiliti homestay)